OUR ♥

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 16, 2011

okay , sebenarnya niat nak study la konon kononnya .
tiba tiba saya tak ada mood nak study .
sebab apa ? banyak sebabnya yang tak dapat diungkaikan .
saya da text buah hati saya malam tersebut yang besok saya nak study .
cadangnya nak study sorang sorang jeh ,
malas nak menyusahkan buah hati kononnya *see baik kan saya tak nak menyusahkan orang
tapi dia tak izinkan saya pegi sorang .
okay fine dia nak teman saya , saya tak kesah .. lagi bertambah semangat la saya nak study .. hee *eceeeh padahal nak mengatal kan kan raby ?
okay saya punya semangat bangun pagi okay ..
dan kejut dia untuk menyusahkan buah hati saya utk teman saya .
bab ini paling saya tak minat tapi da tanggungjawab kata kan kan .
kena kejutkan dia ... addeeeeh lemah betul , susah okay kena banyak sabar .
entah yang keberapa kali la saya call dia baru bangun .
time tuh saya da siap okay .. apa apa jeh laa .
yang pasti dia ambil saya lambat sangat sangat sampai hilang mood nak belajar .

dia da sampai depan rumah ,
saya terus ajak tengok wayang .
kiranya saya ini memang lemah iman .
tak ada pendirian yang tetap .
buah hati pun berkata "niat tak betul , kata nak study tapi nak tengok wayang pulak "
tapi awak kata kata macam tuh pun awak bawa saya jugak kan kan .
kiranya awak pun nak tengok jugak la kan kan ,
kitaorang pergi tengok wayang kat sunway piramid jeh !
memang tuh pun tempat kitaorang tengok wayang heee ..
tengok punya tengok , last kitaorang pilih cerita dilarang masuk .
disini saya ada sedikit gambar , cerita pendek dan juga trailer movie .


FILEM DILARANG MASUK



Filem Dilarang Masuk dibintangi Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Muniff Isa, Isma Hanum, Esma Daniel dan lain-lain mengisahkan empat sekawan iaitu Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan arah dan buntu apabila tersesat di hutan. Perjalanan yang tidak sudah-sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang.

Mereka terpaksa bermalam di rumah itu dan melalui pengalaman penuh misteri. Mereka terjumpa wang jutaan ringgit di dalam beg yang menimbulkan tanda tanya apatah lagi bila mereka jumpa mayat reput dan pistul berpeluru.
Fatia mengalami pengalaman aneh dan didekati kelibat kanak-kanak perempuan yang menyebabkan dia trauma dan seolah-olah dapat menyelami perasaan kanak-kanak itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi kanak-kanak tersebut dan berasa seolah-olah mereka ada kaitan.

Macam-macam perkara aneh yang berlaku sebelum mereka dapat merungkai perkara sebenar yang pernah berlaku di dalam rumah itu. Apakah hubungan Fatia dengan jelmaan kanak-kanak itu? Apa sebenarnya yang menimpa mayat reput itu? Apa pula hubungan wang jutaan ringgit itu dengan mayat?

Adakah mayat tersebut mangsa penculikan yang kemudiannya dibunuh? Apa pula motif pembunuhan itu? Adakah pembunuhan itu dilakukan oleh manusia atau ada makhluk halus yang mengganggu? Segalanya akan terjawab apabila filem itu ditayangkan nanti. Filem itu akan dipasarkan oleh MIG.




comment : nak kata best , tak ada la best mana pun . seram la jugak , haha apa apa pun , selamat menonton la cerita ini kalau nak tengok sangat tak ada paksaan atau halangan untuk anda anda diluar sana untuk menonton okay .


tengah tunggu cerita KONGSI dan KL GANGSTER keluar .
nak tengok dua dua best tengok trailer dia tadi kat wayang hee :)

No comments:

Post a Comment