Bila kau kata penat, nak saja kau berhenti. Tapi sebab kau sendiri unsure dengan condition yang akan kau terima dan risk yang akan melanda pada diri kau, maka kau fikir dua kali. Misalnya bila kau dah penat dengan drama yang kau sendiri memegang watak utama dan kekasih kau yang turut sama menyumbang kepada cerita kau itu sudah buat kan kau lali dengan lakonan yang sedang dia lakonkan.
Itu sebagai satu perumpamaan, bukan realiti. Sama macam andai kata, kau sendiri sedar yang kau bakal tempuhi hari hari yang celaka, tapi kau tak mahu berhenti dari melalui semua detik itu sebab kau tak pasti seandainya kau berhenti akan buatkan kau lagi bagus ataupun worst. Jadi setiap benda yang kau assume to happen ada risk tersendiri.
Bagi aku, keadaan buat masa sekarang ni semakin berat. Mungkin tuhan nak bagi dugaan dua kali ganda sedikit untuk aku pada tahun 2010 ini. Namun, bukan semua yang fakap sebab dia ada jugak bagi benda sampingan yang buat hati aku best. Kelompok rakan-rakan yang aku baru kenal best. Mudah untuk conform, walau pada awalnya sedikit awkward tapi akhirnya seperti aku lihat pada reflection aku sendiri, character aku ada atleast satu dari mereka. Jadi mudah untuk conform dan adapt.
Tapi yang selebihnya, untuk mungkin kali pertama dalam hidup aku, aku unsure dengan diri sendiri. self-esteem aku semakin lama semakin low. Ya mungkin terlalu awal untuk cakap macam ini, tapi it is actually what im feeling inside dan aku juga cepat paranoid. Sebenarnya ini bukan satu masalah besar, kecil pun bukan. Mungkin kalau kau lihat dengan mata kau sendiri, ia tak lah seberat mana, cuma kalau kau sendiri rasa, dan punya thought yang sama seperti apa yang aku sedang alami, mungkin kau boleh ascertain.
Sekarang kalau aku fikir tentang umur juga sudah buat aku paranoid. Mungkin setengah orang 20tahun masih fresh dan muda. Tapi bagi aku, age is just a number, but maturity kau yang penting. Kalau boleh aku nak ada kuda sepantas kilat untuk kejar masa.
No comments:
Post a Comment