OUR ♥

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

CHECK THIS OUT

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sdang bsedih,
tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna
dia sdang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu slps kamu
menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya smula sbelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang org yg paling dia sayang (sebab itu ramai
wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dgn sorang
lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sdg keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita mmg sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu
separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan
berkasar sebab ada satu semangat dlm diri wanita
yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah
mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang
dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka
yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,
bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka
akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan
ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,
kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan
dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..

No comments:

Post a Comment