OUR ♥

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 16, 2011

hidup aku tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata..dulu bagi aku hidup ni senang je..cuba benda baru dan belajar benda baru adalah sangat hebat..istilah aku dulu 'jahat-jahat aku pon aku sembahyang'.. aku rasa aku tak jahat..nakal mungkin.. tapi sampai bila aku nak guna istilah tu? sampai mati? pahala sikit dosa banyak..

kalau tuhan bagi aku sekali je peluang untuk aku jadi seorang manusia yang sempurna, lahir2 je aku akan jadi anak yang solehah, tak lukakan hati orang yang aku sayang..semua tu mustahil lah...mana ada manusia sempurnakan??mungkin sekarang aku hanya tunduk ke bawah dan malu untuk mendongak..

terlalu banyak benda yang aku rancang dalam hidup aku.. aku tahu sekadar merancang tak kan membuah kan hasil..aku perlu bertindak..aku mahu berubah..walaupun semua cakap aku dah berubah sejak kebelakangan ni..aku tak nak ambil peduli sama ada aku berubah menjadi 'good to worst or worst to better' sebab aku dah tak nak pandang belakang..! tapi yang aku tahu aku nak jadikan hidup aku lebih bermakna lepas ni..

untuk apa kita tunjukkan kelemahan kita kepada mereka yang mentertawakan kita?? biar lah orang nak kata aku berpura-pura..kau tak kenal aku sape.. tapi semua tahu aku kuat.. mungkin aku pernah jatuh.. jatuh yang teramat sangat sampai aku tak sanggup dan tak larat nak bangun.. syukur...kejatuhan aku tu yang membangunkan aku..

aku tahu tak semua orang dapat nikmat hidup bahagia kerana hidup ni tak dapat kita jangka.. tapi jangan lah terus jatuh dan hanyut dengan kesilapan yang kita lakukan atau berdendam dengan orang yang lakukan kesilapan dengan kita.. berlagaklah seperti kau dah pon bangun dan sedang bahagia seperti mereka2.. kemenangan akan berpihak pada kita.. itu yang selalu aku buat dan aku rasa aku berjaya !!

biarlah orang tak nampak perubahan aku, keikhlasan aku.. aku dah sedaya upaya untuk betulkan hidup aku.. aku dah tak nak terlalu merancang benda yang tak pasti.. aku nak buat benda yang akan pasti.. kalau aku terlalu memikirkan soal hidup kau, kau ataupun kau, mcam mana dengan hidup aku ?? ko dapat predict life aku?? aku mahu menjadi orang yang 'caring and sharing' dan aku harap benda yang sama dengan semua orang.. biarlah positif tu datang dari kita dan negatif tu datang dari syaitan..AMINN....

mood : teringat zaman kanak-kanak =]

No comments:

Post a Comment