Kelakar bila lihat gelagat seorang rakan aku yang semangat bercerita tentang seorang perempuan yang kuat cemburu, this girl thought that my friend ada affair dengan laki dia. So, awalnya si perempuan yang cemburu yang juga bertudung ni nak talk kononnya nak confront secara elok, but end up dengan adegan bertumbuk. These ladies seriously had gone wilddd.. habis melayang tudung dia and from what i heard, pecah jugak lah muka masing-masing.
Ok that, personally is childish. No matter siapa pun yang mula. Because bergaduh bertumbuk about a guy is something i find ridiculous and dumb. Tapi untuk self-defence boleh dipertimbangkan, so aku tak salahkan rakan aku, bukan sebab dia kawan tapi i believe everyone would do the same bila kau dah kena provoke.
Perempuan dan cemburu.
Every able mind and body will experience this. Tak kisah kau laki atau pun perempuan tapi memang normal untuk rasa cemburu. Asalkan otak kau masih waras untuk control perasaan kau tanpa membuat apa-apa yang boleh buat kau sakit pengakhirannya, sebab cemburu juga boleh buatkan kau jadi bodoh. Kalau kau boleh record balik dan dengar balik setiap perkataan kau bila kau rasa jealous, aku yakin kau akan geli sendiri.
Jealous tak semestinya pada pasangan kekasih atau rakan terdekat atau jauh, boleh juga pada orang yang kau tak kenal. Misalnya pada sesiapa yang rapat dengan orang yang kau sayang. And kau tak dapat attention yang sama. Macam perempuan bertudung ni lah. Mudah saja, rasa cemburu tu datang bila kau tak suka dengan apa yang kau lihat, apa yang kau dengar, apa yang kau rasa. Tapi sama ada kau pernah fikir yang cemburu yang kau rasa itu berbaloi atau pun tidak.
Walau macam mana pun, sebenarnya perasaan cemburu itu sihat. Sebab andai kata kau dalam satu hubungan, dan kau punya rasa cemburu, dah menunjukkan kau care about relationship kau. Tapi ada jugak sebaliknya. Ada juga yang sengaja bagi pasangannya rasa begitu sebab kurang kasih sayang mungkin.?
*pakai tudung tu lawa, cantik. Bagi aku. Tapi kena lah sama dengan perangai kau. Once kau dah ready untuk pakai, kau dihormati. Jangan busukkan diri kau, sebab kerana seorang, semua akan dilabelkan sama.
No comments:
Post a Comment