OUR ♥

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 16, 2011

SIMBAH ASID



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.
Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.
Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.
Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.
Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.
“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.
“Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.
“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.
Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian.
Sumber : MyMetro
Ps : Ni sindrom balas dendam pada wanita la ni… Mungkin penjenayah ni ada UnFinish Business denga kaum hawa dan menyebabkan dia berdendam, harap pihak berkuasa dapat menangkap penjenayah macam ni secepat mungkin sebelum makin ramai yang menjadi mangsa… dan kepada wanita berhati hati lah


Tengok Betul betul – Gambar Penyimbah Asid




Kebelakangan ni kecoh dengan kejadian kes simbah asid yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.. tak silap aku kes ni bermula sejak 25 Mei 2011 di sekitar Brickfields ,Tapi nampaknya penjenayah ni makin menjadi jadi dan bila semalam seorang wanita berumur 31 tahun yang juga merupakan anak pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menjadi mangsa ke 23 penjenayah tersebut…
Yang pasti kesemua mangsa adalah wanita, Kes terakhir telah berlaku di Seksyen 10, Wangsa Maju dan katanya Kali terakhir suspek dilihat dijalan desa pandan bermotosikal dengan memegang botol tidak berpenutup untuk mencari mangsa terbaru.
Jika terlihat suspek terbabit segeralah hubungi Rakan Cop 03-21159999 atau SMS 32728.

No comments:

Post a Comment