Tahu tak hati ni banyak imbuhan
Perhatian, memerhati, berhati-hati
Nak lagi? cari sendiri
Tahu tak hati ni banyak maksud
Sila rujuk pada perenggan sebelumnya
Tahu tak hati ni banyak jenis perasaan
Suka hati, makan hati, buta hati
Tak setuju? Sila masuk darjah 6 semula
Setiap orang mempunyai hati
Hati yang berfungsi sebagai organ penting
secara lahiriah, boleh dilihat dan disentuh
Tapiiiiii.....(cam lagu Alyah plak)
Orang tak selalu bercakap pasal hati ni
kecuali hati yang tu ada masalah
Hati yang dimaksudkan adalah...
jeng jeng jeng...
Cerita lebih nanti pun bukan nampak
Tapiiiiii....
Hati inilah yang menunjukkan kekuatan seseorang
Hati ini jugalah yang boleh mematahkan semangat seseorang
Hati dan rasa
2 kombinasi yang dikawal oleh akal fikiran
Bunyi pelik?
Adanya rasa ini juga berimbuhan, perasaan
Bunyi lebih munasabahkan?
Hati sentiasa bersedia menyambut segala perasaan yang datang
Tak kira sikit, banyak, lama mahu pon sekejap
Raut wajah adalah paparan apa yang dirasai
Tingkah laku adalah luahan badan yang merasai
Hati berbunga bila dalam kebahagiaan
Bila sedih?
Layuuuuu jer bunga tu yer...
Apapon kekuatan hati membawa kepada pemikiran yang ultra aktif
Semangat juang yang hadir akan mengiringi keinginan untuk maju
Hati dan perasaan bukan hanya untuk cinta
Hati dan perasaan adalah nadi untuk meneruskan hidup
No comments:
Post a Comment