OUR ♥

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 24, 2012

CURANG

dicurangi.
tetapi tetap mahu bertahan di sisi
masih mahu memberi peluang entah sampai infiniti
adakah kita mampu mengekalkan kekuatan hati?
itu soalan untuk kita harungi

kadangkala, betapa bersungguh kita mahukan sesuatu, kita terpaksa melepaskan sesuatu itu pergi. betapa kita berusaha kuat mahu mempertahankan ia di sisi, ia tetap akan pergi.
kadangkala, kita harus terima bahawa, itu bukan milik kita. bukan sesuatu yang kita mampu untuk tanggung di kemudian hari.

kita SETIA. kita cuba berikan segala yang kita mampu dalam satu perhubungan. tidak kira itu adalah hubungan sesama kawan, sepasang kekasih ataupun pasangan yang kita nikahi. disaat kita pertahankan kesetian kita tanpa berpaling tadah dari manusia kita sayangi, kita ditikam dari belakang. kadangkala, kecurangan itu bahkan ditunjuk terang terangan tanpa memikirkan apakah perasaan kita sndiri. dan kita sebagai manusia yang setia, akan berusaha untuk memastikan kesetiaan kita berbaloi dengan apa yang telah kita korbanakan. terperangkap dalam situasi sedemikian, kita masih mahu menghadapi kenyataan yang pedih dengan tabah.

tetapi kita harus ingat, salah satu cara untuk melangkah kehadapan dengan tenang adalah dengan berlalu pergi dan tinggalkan perkara yang menyakitkan dan membunuh kita. kita tidak akan menang sentiasa dalam pertarungan yang kita hadapi, itu hakikat yang perlu kita sedar. dan dengan berlalu pergi bukan bermakna kita kalah, tapi kita menyediakan ruang untuk diri kita sendiri hidup di peluang lain. kita menyelamatkan hati kita dari terus musnah pada tangan yang sama.

dalam hidup ini, sangat berbaloi jika kita melawan untuk sesuatu yang memberi kita kepuasan. walaupun kita kalah, tetapi dengan melihat kebelakang, kita bangga dengan apa yang kita lalui, yang mengajar kita untuk lebih tabah, lebih kuat dalam menghadapi apa sahaja. kadangkala kita perlu melihat apa yang kita miliki sekarang ini, pastinya lebih baik daripada yang kita lepaskan daripada terus melalui kesengsaraan sendiri.

di sebalik kecurangan manusia dalam hidup kita yang tidak pernah gagal menyakiti. membunuh setiap daripada apa yang kita pertahankan. satu kita ingat bahawa mereka tidak akan pernah berhenti. ya, kecurangan itu satu nikmat yang hanya mereka yang mengerti bertapa enaknya. bila sekali mereka pernah curang, tidak mustahil mereka akan megulangi untuk kali kedua ataupun seterusnya. adakah kita mahu bersama dengan mereka lagi? boleh tetapi tanya diri kita, apakah mampu untuk menghadapi kesakitan itu setiap kali?

sesetengah dari kita mimilih untuk kekal.
memilih untuk terus percaya dengan manusia yang mencurangi.
bertahan disebalik kesakitan yang menghiris setiap saat.
tegar pandang ke langit agar tiada air mata yang mengalir.
gigit bibir supaya muka kekal tidak berubah.
sinar mata tetap bercahaya dengan ceria.

dan, apakah pilihan yang ada untuk kita?
terus mencari kegembiraan dan kebahagian sendiri.

No comments:

Post a Comment