mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yng salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,yang lain akan terbuka tetapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nmpak pintu yang telah dibukakan.
kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai tanpa berkata apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan itulah perbualan yang paling hebat pernah dialami.
memang benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki sehingalah kita kehilangannya.
memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali.Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Ia cuma mengambil masa seminit untukjatuh hati pada seseorang.satu jam untuk menyukai seseorang.satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang masa untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.carilah seseorang yang boleh membuat anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Kebahagiaan seseorang tidak semestinya dlm memiliki segala yang terbaik.kebahagiaan terletak pada mereka yng menangis,mereka yang mancari,mencuba dan yang terluka.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna hingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
No comments:
Post a Comment