OUR ♥

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 17, 2012

KEMAAFAN :)

Aku tidak perlukan respond dari dia, aku tidak perlukan simpati atau kasih sayang daripada dia. Apa yang aku mahukan adalah kejayaan, keampunan dan kebahagiaan buat dia di dunia dan di akhirat. Aku tidak menggantung pengharapan yang terlalu tinggi apabila aku tahu peluang untuk aku adalah terlalu tipis. Biarpun setiap perkara yang berlaku itu tiada yang mustahil asalkan Allah berkehendakkannya. Tetapi, aku sudah cukup gembira dan bersyukur kerana Allah telah menemukan aku dengan apa yang aku cari. Aku cuma mahu dia juga merasakan kegembiraan yang sama. Kerana setiap manusia layak dan mempunyai hak untuk bahagia. Setiap manusia patut merasakannya . . :)
Kunci kebahagiaan adalah kemaafan. :)

No comments:

Post a Comment